Print this page

Kursus Latihan Pengendali Makanan

Kursus ini diwajibkan kepada semua pengendali makanan di Malaysia di bawah Akta Makanan 1983 dan termaktub di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Syarat Kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

  1. SLPM yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Tenaga Pengajar yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Yuran kursus RM 50/seorang
  4. Jumlah peserta 30 orang/sesi
  5. Tempoh Kursus selama 3 jam

Kolej TESDEC (No siri : A/T/004) merupakan sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan program ini.

Kursus ini di kendalikan oleh Tenaga Pengajar (No siri : B/0015/09) yang dilatih dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

Setiap sesi kursus ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Selepas berjaya menamatkan kursus ini peserta akan diberi Sijil Penyertaan yang diiktiraf oleh Kememnterian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi : 09-627 2239 ( Pn. Wan Sayidati ) |  09-627 2257 ( Cik Suriati ) l Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Read 10294 times Last modified on Selasa, 02 Oktober 2018 06:57