wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English

Kemahiran

    SENARAI KURSUS KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN

    • 1. Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (Tahap 3)

      Objektif:

      • Program mendedahkan peserta bagi pemahaman jenis elektrod, bahan kimpalan, proses kimpalan, simbol kimpalan, proses kimpalan arka dan teknik kawalan mutu kimpalan.

      Kandungan Kursus:

      • Keselamatan dan penggunaan peralatan
      • Piawaian dan lukisan kimpalan
      • Proses pemotongan dan penyediaan bahan
      • Proses kimpalan arka
      • Kawalan mutu latihan dan ujian musnah

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 18 Bulan 

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 2. Pembuatan Pakaian Wanita (Tahap 1 & 2)

      Objektif:

      • Kursus ini meliputi pengetahuan membuat pakaian wanita hingga siap dan membuat sebarang perubahan (alteration) mengikut kehendak serta keselesaan pemakai sama ada dengan menggunakan jahitan tangan atau mesin jahit. Selain daripada mengendalikan peralatan, membuat pola, menggunting, memotong pakaian, mereka fesyen pelatih juga diajar mengendalikan perniagaan.

      Kandungan Kursus

      • Amalan keselamatan
      • Ketrampilan diri
      • Kendali peralatan jahitan
      • Kendali bahan-bahan jahitan
      • Ukur, reka fesyen dan anggar bahan
      • Membuat pola

        Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

       Tempoh Kursus:

      • 12 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 3. Lukisan Pelan Senibina (Tahap 3)

      Objektif:

      • Program ini adalah terbuka kepada semua belia/beliawanis yang berminat untuk menceburi bidang lukisan senibina. Pelatih akan diberikan latihan kemahiran yang menggunakan “Drawing Board” dan Komputer (Auto Cad) untuk menyediakan lukisan geometri dan teknikal 2 & 3 dimensi seperti yang diperlukan dalam industri pembinaan. Pelatih akan diajar menggunakan pelan komponen mekanikal seperti lukisan pemasangan dan butiran serta merangka lukisan mengikut skala dan piawaian yang ditentukan.

      Kandungan Kursus:

      • Lukisan Asas Senibina
      • Lukisan 2 Dimensi Dan Lukisan Pictorial (3 Dimensi)
      • Menulis Tulisan “Standard” Senibina
      • Menghasilkan Lukisan Asas Dan Lukisan Kerja
      • Menghasilkan Lukisan Butiran Terperinci
      • Menghasilkan “Blue Print”
      • Auto Cad

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kpada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 18 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 4. Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar Fotovolta(PV) Tersambung Grid

      Objektif:

      Pelatih kursus akan menumpukan latihan tentang teknik-teknik memasang dan menyelenggara sistem solar PV. 

      Dengan latihan yang diwujudkan untuk meningkatkan kecekapan penyedia perkhidmatan yang berpengetahuan

      dan kompeten dalam bidang solar PV dan ini akan memastikan sistem yang dipasang adalah berkualiti, mematuhi

      piawaian dan dapat bertahan lama.

      Kandungan Kursus:

      1. Amalan Kesihatan Pekerjaan dan Keselamatan

      • Menjalankan Pengenalpastian Bahaya Keselamatan

      • Menjalankan Penyediaan Kelengkapan Perlindungan Diri

      • Menjalankan Penilaian Keselamatan Tapak

      • Menjalankan Rawatan Asas Pertolongan Cemas

      2. Pengenalan kepada Elektrik Solar

      • Penerangan Prinsip Asas Elektrik

      • Penerangan Prinsip Asas Solar Fotovolta

      • Penerangan Prinsip Komponen Balance of System dan Operasi Sistem

      • Mentafsir Lukisan Elektrik

      3. Penyediaan Pemasangan Sistem

       • Penyediaan Kompenen Sistem

      • Mengenali Lokasi

      • Orientasi dan Sudut Condong

      • Semakan Pepasangan Sistem

      4. Peralatan Sistem dan Pepasangan Sistem Elektrikal

      • Mencagak Inverter

      • Melaksanakan Cagakan Peti Sambungan DC / Peti Agihan AC

      • Melaksanakan Pemasangan Modul PV Atas Bumbung dan Atas Tanah

      • Pengkabelan Sistem Modul Fotovolta (PV)

      • Pengkabelan Inverter

      • Semakan Pelan Skema

      • Melaksanakan Pepasangan Peti DC Combiner dan Peti Agihan AC

      • Melaksanakan Pembumian Sistem

      • Melaksanakan Pepasangan Perlindungan Kilat

      5. Senggaraan Pembetulan

       Syarat Kemasukan:

      • berumur 18 tahun dan ke atas;

      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh SEDA Malaysia 

       Tempoh Kursus:

      • 4 Bulan (2 bulan teori + 2 bulan praktikal)

      Persijilan:

      • SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia)

       

    • 5. Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa (Tahap 2)

      Objektif:

      • Kursus ini mendedahkan pelatih tentang bagaimana melaksanakan kerja-kerja elektrik yang dijalankan terutamanya di dalam sistem pendawaian, pemasangan pepasang dan sistem keselamatan elektrik.

      Kandungan Kursus:

      • Amalan Keselamatan
      • Memahami Lukisan Elektrik Fasa Tunggal Dan Tiga Fasa
      • Pendawaian Fasa Tunggal Dan Tiga Fasa
      • Pendawaian Menggunakan Konduit, “Trunking & Cable Tray” Dan “Ducting”
      • Pengukuran, Pengujian Dan Perlindungan Peralatan Dan Pepasang
      • Pemasangan Peralatan Dan Motor
      • Pemasangan Sistem Arus Teras
      • Operasi Jentera Elektrik
      • Kawalan Kualiti
      • Penyelenggaraan Dan Pemasangan Barangan Elektrik

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 12 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 6. Pemasangan Paip Gas (Persijilan CIDB)

      Objektif:

      • Program ini mendedahkan peserta bagi memahani lukisan Isometrik, bahan metalik, simbol lukisan, kaedah asas mengimpal dan membuat pemasangan paip berdasarkan lukisan yang disediakan.

      Kandungan Kursus:

      • Amalan keselamatan
      • Penggunaan peralatan serta mesin
      • Memahami lukisan Isometrik dan simbol pemasangan paip gas
      • Menyediakan permukaan dan pemotongan bahan untuk disambung
      • Memahami dan membuat kimpalan
      • Memasang dan menyelenggarakan paip metalik

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 5 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 7. Pemasangan Pendawaian Bangunan (BWI) (Persijilan CIDB)

      Objektif

      • Program ini menawarkan pendedahan dalam tugas asas pemasangan elektrik berasaskan seperti pengenalan kepada Electric, Pendawaian, Peralatan Pemasangan dan Peralatan Pemasangan Elektrik juga.

      Kandungan Kursus

      • Keselamatan Amalan
      • Asas Lukisan Elektrik dan Sistem Pendawaian
      • Pendawaian menggunakan "Trunking & Cable Dulang" Saluran
      • Pengukuran, Pengujian dan Perlindungan Peralatan
      • Pemasangan Peralatan Dalam Negeri

      Keperluan kursus

      • SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)

      Tempoh

      • 3 bulan 

      Persijilan

      • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

    • 8. Pendawai Fasa Tunggal (PW2) (Persijilan Suruhanjaya Tenaga)

      Objektif:

      • Kursus ini terbuka kepada semua belia yang berminat menceburi bidang pendawaian elektrik untuk domestik dan industri. Kursus ini mendedahkan pelatih tentang kemahiran membuat pendawaian dan pemasangan elektrik dari peringkat asas hingga pertengahan.

      Kandungan Kursus:

      • Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
      • Peraturan-peraturan Elektrik 1994
      • Malaysia Standard Code of Practice for Elektric Installations of Building (MSIEC 60364)
      • Pemulihan kecemasan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik
      • Kabel
      • Pendawaian
      • Litar lampu
      • Alat ujian serta turutannya
      • Pembumian
      • Sistem perlindungan kilat
      • Radas-radas elektrik
      • Rakabentuk pepasang elektrik

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 2 tahun

      Persijilan:

      • Suruhanjaya Tenaga

    • 9. Kimpalan Tinggi 6GC (Persijilan TWI)

      Objektif:

      • Peserta program akan didedahkan kepada pengetahuan piawaian, asas kerja-kerja penyediaan bahan kimpalan, membuat kimpalan dan kawalan mutu ke atas kimpalan.

      Kandungan Kursus:

      • Kimpalan 6 G SMAW
      • Kimpalan 6 GC (GTAW+SMAW)
      • Kimpalan 6 G GTAW

      Syarat Kemasukan:

      • Program ini tebuka kepada lepasan SPM yang mempunyai Sijil Asas Kimpalan dengan 1 tahun pengalaman atau mempunyai Sijil MLVK Kimpalan Pertengahan tanpa pengalaman kerja.

      Tempoh Kursus:

      • 6 Bulan

      Persijilan:

      • TWI

    Read 21504 times Last modified on Selasa, 18 April 2017 07:43

    Tentang TESDEC

    Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

    Hubungi Kami

    Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

    Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
    21600 Marang, Terengganu.
    Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
    Emel : info@tesdec.edu.my