PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN
DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY (AUTOMOTIVE) | ( N/521/4/0130 ) ( PA 7583 )/11/20 )
PENGENALAN
Kursus ini dibentuk untuk melahirkan juruteknik berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi automotif yang memenuhi keperluan dalam industri yang dinamik. Program ini menggabungkan asas-asas latihan mekanikal disamping penggunaan pelbagai teknologi terkini dalam diagnosis automotif, pembaikan, dan penyelengaraan yang diperlukan selaras dengan keperluan pelbagai jenis kereta moden masa kini. Kemudahan bengkel teknikal yang disediakan membolehkan pelajar mempraktikkan kemahiran dan teori pembelajaran dalam situasi sebenar
PROGRAMME LEARNING OUTCOME
1) Menerapkan pengetahuan matematik, sains dan asas - asas teknologi kejuruteraan kepada prosedur - prosedur dan amalan yang ditentukan dalam bidang automotif
2) Menganalisis permasalahan kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang automotif
3) Merumuskan penyelesaian kepada permasalahan teknikal tertentu berkaitan dengan teknologi automotif
4) Membantu merumuskan teknik- teknik automotif, komponen atau proses - proses hingga memenuhi keperuan yang ditetapkan
5) Menjalankan selidikan terhadap masalah - masalah automotif tertentu
6) Menerapkan teknik - teknik yang sesuai, sumber dan alatan kejuruteraan terhadap aktiviti tertentu automotif dan dengan kesedaran had - had teknik, sumber dan alatan berkenaan.
7) Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan tentang isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundang-undangan serta tanggungjawab mengenainya.
8) Berkomunikasi dengan berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum.
9) Dapat berfungsi dengan berkesan di dalam sesebuah pasukan teknikal.
10) Menunjukkan pemahaman etika, tanggungjawab dan norma - norma professional dalam amalan teknologi kejuruteraan.
11) Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.
12) Menunjukkan pemahaman tentang impak amalan - amalan kejuruteraan dengan mengambil kira perlunya kelestarian pembangunan.
13) Mengenal keperluan pembangunan professional dan mengamalkan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
1) Untuk Melahirkan juruteknik Kejuruteraan yang berpengetuan, kompeten dan berinovasi yang mampu memberi sumbangan ke arahpewujudan modal insan bagi industri berkaitan automotif.
2) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan bersemangat berpasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri.
3) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan.
4) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mengamalkan profesionalisme dengan etika dan tanggungjawab sosial.
5) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mampu memulakan aktiviti keusahwanan dan perniagaan.
KELAYAKAN
LULUS SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 (Tiga) kredit termasuk matapelajaran berikut:
a) Matematik
b) Sains /Sains Tambahan / Fizik/ Kimia /Biologi /lain-lain mata
pelajaran teknikal
c) Satu (1) mata pelajaran lain serta sekurang-kurangnya LULUS Bahasa Inggeris
d) LULUS SKM TAHAP 3 dalam bidang berkaitan dan LULUS SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 matapelajaran
e) LULUS Sijil Kolej Komuniti dalam bidang berkaitan dan LULUS SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 matapelajaran
f) LULUS Sijil Sains dari Kolej TESDEC dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.0 atau
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Keraajaan Malaysia
LALUAN KERJAYA
- Jurutera Automotif
- Jurutera Jaminan Kualiti Servis
- Sales Advisor
- Usahawan Automotif
- Pengurus Servis
- Eksekutif Servis
- Eksekutif Bengkel/Workshop
- Technical Supervisor
PEMBIAYAAN
Yayasan Terengganu & Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN )
DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN WELDING in collaboration with Universiti Kuala lumpur-Malaysia France institute ( UniKL-MFi ) | ( N/521/4/0086 ) ( FA 4952 )/08/19))
PENGENALAN
Kursus ini akan membekalkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimpalan yang membawa kepada diploma teknikal dan kecekapan sebagai ahli teknologi kimpalan yang profesional. Teknologi Kimpalan melibatkan semua aspek latihan kimpalan termasuk pengurusan dan penyertaan dalam bidang pemeriksaan kimpalan, sokongan teknikal, pembantu kepada jurutera dan penasihat kepada pengimpal dan pengendali.
LEARNING OUTCOME
1) Menerapkan Pengetehuan Matematik, Sains dan Asas - asas teknologi Kejuruteraan kepada prosedur - prosedur dan amalan yang ditentukan.
2) Menganalisis permasalahan kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang kimpalan
3) Merumuskan Penyelesaian kepada permasalahan teknikal tertentu berkaitan teknologi kimpalan
4) Membantu Merumuskan teknik - teknik kimpalan, komponen atau pemprosesan sehingga memenuhi keperluan yang ditetapkan.
5) Menjalankan selidikan terhadap masalah kimpalan yang tertentu.
6) Menerapkan teknik yang sesuai, sumber & alatan kejuruteraan terhadap aktiviti tertentu kimpalan dan dengan kesedaran tentang had - had
teknik, sumber dan alatan berkenaan.
7) Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan tentang isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundang-undangan dan kebudayaan serta tanggungjawab mengenainya.
8) Berkomunikasi dengan berkesan dengan komuniti kejuruteraan & masyarakat umum
9) Dapat berfungsi dengan berkesan di dalam sesebuah pasukan teknikal.
10) Menunjukkan pemahaman tentang etika, tanggungjawab dan norma - norma professional dalam amalan teknologi kejuruteraan.
11) Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan, amalan perniagaan & keusahawanan.
12) Menunjukkan pemahaman tentang impak amalan - amalan kejuruteraan dengan mengambil kira perlunya kelestarian pembangunan.
13) Mengenal keperluan pembangunan professional dan mengamalkan pembelajaran kendiri & sepanjang hayat
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
1) Untuk Melahirkan juruteknik Kejuruteraan yang berpengetuan, kompeten dan berinovasi yang mampu memberi sumbangan ke ara hpewujudan modal insan bagi industri berkaitan kimpalan.
2) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan bersemangat berpasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri.
3) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan.
4) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mengamalkan profesionalisme dengan etika dan tanggungjawab sosial.
5) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mampu memulakan aktiviti keusahawanan dan perniagaan.
KELAYAKAN
Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya lima (5) kredit dalam mata pelajaran berikut:
1) Bahasa Melayu,Matematik,Sains/ Sains Tulen/ Teknikal/Vokasional dan dua mata pelajaran lain;
2) LULUS Bahasa Inggeris.
ATAU
LULUS Sijil ( Tahap 3 KKM ) dalam bidang berkaitan daripada institut Kemahiran MARA (IKM) / Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) atau pemberi Pengajian Tinggi (PPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan memperoleh Sekurang-kurangnya CGPA 2.0 dan
i) LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 1 Kredit
ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama
iii) Sekiranya perlu, PPT perlu menyediakan program bridging sebagai program pengukuhan bagi pelajar bagi pelajar yang beralih dari sektor kemahiran/teknikal kepada sektor akademik, akademik, atau pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan selama 1 tahun.
ATAU
LULUS sijil kemahiran (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
i) LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurang 1 kredit
ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama
iii) iii) Sekiranya perlu, PPT perlu menyediakan program bridging sebagai program pengukuhan bagi pelajar bagi pelajar yang beralih dari sektor kemahiran/teknikal kepada sektor akademik, akademik, atau pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan selama 1 tahun.
ATAU
LULUS Sijil Sains daripada Kolej TESDEC dengan Minimum PNGK 2.00
ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
LALUAN KERJAYA
- Jurutera Kualiti
- Jurutera Jaminan Kualiti
- Jurutera Kimpalan
- Welding Inspektor
- Industri Minyak dan Gas, Pembinaan Kapal laut dan Udara
DIPLOMA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN | ( N/862/4/0024 ) ( PA 94643 )/11/23 )
KELAYAKAN
Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mata pelajaran berikut:
1) Matematik @ Sains / Sains Tulen/ Teknikal/Vokasional dan dua mata pelajaran lain;
2) LULUS Bahasa Melayu dan Inggeris.
ATAU
LULUS Sijil ( Tahap 3 KKM ) dalam bidang berkaitan daripada institut Kemahiran MARA (IKM) / Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) atau pemberi Pengajian Tinggi (PPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan memperoleh Sekurang-kurangnya CGPA 2.0 dan
i) LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 1 Kredit
ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama
ATAU
LULUS sijil kemahiran (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
i) LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurang 1 kredit
ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama
ATAU
LULUS Sijil Sains daripada Kolej TESDEC dengan Minimum PNGK 2.00
ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Keraajaan Malaysia
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMPALAN | ( N/521/4/0184 ) ( MQA/PA 12051 )
KELAYAKAN
Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mata pelajaran berikut:
1) Matematik dan dua mata pelajaran lain;