wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
Super User

Super User

Kemahiran

    SENARAI KURSUS KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN

    • 1. Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (Tahap 3)

      Objektif:

      • Program mendedahkan peserta bagi pemahaman jenis elektrod, bahan kimpalan, proses kimpalan, simbol kimpalan, proses kimpalan arka dan teknik kawalan mutu kimpalan.

      Kandungan Kursus:

      • Keselamatan dan penggunaan peralatan
      • Piawaian dan lukisan kimpalan
      • Proses pemotongan dan penyediaan bahan
      • Proses kimpalan arka
      • Kawalan mutu latihan dan ujian musnah

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 18 Bulan 

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 2. Pembuatan Pakaian Wanita (Tahap 1 & 2)

      Objektif:

      • Kursus ini meliputi pengetahuan membuat pakaian wanita hingga siap dan membuat sebarang perubahan (alteration) mengikut kehendak serta keselesaan pemakai sama ada dengan menggunakan jahitan tangan atau mesin jahit. Selain daripada mengendalikan peralatan, membuat pola, menggunting, memotong pakaian, mereka fesyen pelatih juga diajar mengendalikan perniagaan.

      Kandungan Kursus

      • Amalan keselamatan
      • Ketrampilan diri
      • Kendali peralatan jahitan
      • Kendali bahan-bahan jahitan
      • Ukur, reka fesyen dan anggar bahan
      • Membuat pola

        Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

       Tempoh Kursus:

      • 12 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 3. Lukisan Pelan Senibina (Tahap 3)

      Objektif:

      • Program ini adalah terbuka kepada semua belia/beliawanis yang berminat untuk menceburi bidang lukisan senibina. Pelatih akan diberikan latihan kemahiran yang menggunakan “Drawing Board” dan Komputer (Auto Cad) untuk menyediakan lukisan geometri dan teknikal 2 & 3 dimensi seperti yang diperlukan dalam industri pembinaan. Pelatih akan diajar menggunakan pelan komponen mekanikal seperti lukisan pemasangan dan butiran serta merangka lukisan mengikut skala dan piawaian yang ditentukan.

      Kandungan Kursus:

      • Lukisan Asas Senibina
      • Lukisan 2 Dimensi Dan Lukisan Pictorial (3 Dimensi)
      • Menulis Tulisan “Standard” Senibina
      • Menghasilkan Lukisan Asas Dan Lukisan Kerja
      • Menghasilkan Lukisan Butiran Terperinci
      • Menghasilkan “Blue Print”
      • Auto Cad

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kpada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 18 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 4. Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar Fotovolta(PV) Tersambung Grid

      Objektif:

      Pelatih kursus akan menumpukan latihan tentang teknik-teknik memasang dan menyelenggara sistem solar PV. 

      Dengan latihan yang diwujudkan untuk meningkatkan kecekapan penyedia perkhidmatan yang berpengetahuan

      dan kompeten dalam bidang solar PV dan ini akan memastikan sistem yang dipasang adalah berkualiti, mematuhi

      piawaian dan dapat bertahan lama.

      Kandungan Kursus:

      1. Amalan Kesihatan Pekerjaan dan Keselamatan

      • Menjalankan Pengenalpastian Bahaya Keselamatan

      • Menjalankan Penyediaan Kelengkapan Perlindungan Diri

      • Menjalankan Penilaian Keselamatan Tapak

      • Menjalankan Rawatan Asas Pertolongan Cemas

      2. Pengenalan kepada Elektrik Solar

      • Penerangan Prinsip Asas Elektrik

      • Penerangan Prinsip Asas Solar Fotovolta

      • Penerangan Prinsip Komponen Balance of System dan Operasi Sistem

      • Mentafsir Lukisan Elektrik

      3. Penyediaan Pemasangan Sistem

       • Penyediaan Kompenen Sistem

      • Mengenali Lokasi

      • Orientasi dan Sudut Condong

      • Semakan Pepasangan Sistem

      4. Peralatan Sistem dan Pepasangan Sistem Elektrikal

      • Mencagak Inverter

      • Melaksanakan Cagakan Peti Sambungan DC / Peti Agihan AC

      • Melaksanakan Pemasangan Modul PV Atas Bumbung dan Atas Tanah

      • Pengkabelan Sistem Modul Fotovolta (PV)

      • Pengkabelan Inverter

      • Semakan Pelan Skema

      • Melaksanakan Pepasangan Peti DC Combiner dan Peti Agihan AC

      • Melaksanakan Pembumian Sistem

      • Melaksanakan Pepasangan Perlindungan Kilat

      5. Senggaraan Pembetulan

       Syarat Kemasukan:

      • berumur 18 tahun dan ke atas;

      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh SEDA Malaysia 

       Tempoh Kursus:

      • 4 Bulan (2 bulan teori + 2 bulan praktikal)

      Persijilan:

      • SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia)

       

    • 5. Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa (Tahap 2)

      Objektif:

      • Kursus ini mendedahkan pelatih tentang bagaimana melaksanakan kerja-kerja elektrik yang dijalankan terutamanya di dalam sistem pendawaian, pemasangan pepasang dan sistem keselamatan elektrik.

      Kandungan Kursus:

      • Amalan Keselamatan
      • Memahami Lukisan Elektrik Fasa Tunggal Dan Tiga Fasa
      • Pendawaian Fasa Tunggal Dan Tiga Fasa
      • Pendawaian Menggunakan Konduit, “Trunking & Cable Tray” Dan “Ducting”
      • Pengukuran, Pengujian Dan Perlindungan Peralatan Dan Pepasang
      • Pemasangan Peralatan Dan Motor
      • Pemasangan Sistem Arus Teras
      • Operasi Jentera Elektrik
      • Kawalan Kualiti
      • Penyelenggaraan Dan Pemasangan Barangan Elektrik

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 12 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 6. Pemasangan Paip Gas (Persijilan CIDB)

      Objektif:

      • Program ini mendedahkan peserta bagi memahani lukisan Isometrik, bahan metalik, simbol lukisan, kaedah asas mengimpal dan membuat pemasangan paip berdasarkan lukisan yang disediakan.

      Kandungan Kursus:

      • Amalan keselamatan
      • Penggunaan peralatan serta mesin
      • Memahami lukisan Isometrik dan simbol pemasangan paip gas
      • Menyediakan permukaan dan pemotongan bahan untuk disambung
      • Memahami dan membuat kimpalan
      • Memasang dan menyelenggarakan paip metalik

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 5 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 7. Automotif Servis Selepas Jualan

      Objektif:

      • Peserta program akan didedahkan kepada pengetahuan kepada bidang automotif, kerja-kerja membaikpulih kenderaan.

      Syarat Kemasukan:

      • Program ini tebuka kepada lepasan SPM 

      Tempoh Kursus:

      • 12 Bulan

      Persijilan:

      • Sijil Kemahiran Malaysia

    • 8. Pemasangan Pendawaian Bangunan (BWI) (Persijilan CIDB)

      Objektif

      • Program ini menawarkan pendedahan dalam tugas asas pemasangan elektrik berasaskan seperti pengenalan kepada Electric, Pendawaian, Peralatan Pemasangan dan Peralatan Pemasangan Elektrik juga.

      Kandungan Kursus

      • Keselamatan Amalan
      • Asas Lukisan Elektrik dan Sistem Pendawaian
      • Pendawaian menggunakan "Trunking & Cable Dulang" Saluran
      • Pengukuran, Pengujian dan Perlindungan Peralatan
      • Pemasangan Peralatan Dalam Negeri

      Keperluan kursus

      • SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)

      Tempoh

      • 3 bulan 

      Persijilan

      • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

    • 9. Pendawai Fasa Tunggal (PW2) (Persijilan Suruhanjaya Tenaga)

      Objektif:

      • Kursus ini terbuka kepada semua belia yang berminat menceburi bidang pendawaian elektrik untuk domestik dan industri. Kursus ini mendedahkan pelatih tentang kemahiran membuat pendawaian dan pemasangan elektrik dari peringkat asas hingga pertengahan.

      Kandungan Kursus:

      • Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
      • Peraturan-peraturan Elektrik 1994
      • Malaysia Standard Code of Practice for Elektric Installations of Building (MSIEC 60364)
      • Pemulihan kecemasan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik
      • Kabel
      • Pendawaian
      • Litar lampu
      • Alat ujian serta turutannya
      • Pembumian
      • Sistem perlindungan kilat
      • Radas-radas elektrik
      • Rakabentuk pepasang elektrik

      Syarat Kemasukan:

      • Terbuka kepada semua lepasan SPM

      Tempoh Kursus:

      • 2 tahun

      Persijilan:

      • Suruhanjaya Tenaga

    • 10. Kimpalan Tinggi 6GC (Persijilan TWI)

      Objektif:

      • Peserta program akan didedahkan kepada pengetahuan piawaian, asas kerja-kerja penyediaan bahan kimpalan, membuat kimpalan dan kawalan mutu ke atas kimpalan.

      Kandungan Kursus:

      • Kimpalan 6 G SMAW
      • Kimpalan 6 GC (GTAW+SMAW)
      • Kimpalan 6 G GTAW

      Syarat Kemasukan:

      • Program ini tebuka kepada lepasan SPM yang mempunyai Sijil Asas Kimpalan dengan 1 tahun pengalaman atau mempunyai Sijil Kimpalan Pertengahan tanpa pengalaman kerja.

      Tempoh Kursus:

      • 6 Bulan

      Persijilan:

      • TWI

    •  

    Read more

    Kursus Jangka Pendek

    • OBJEKTIF

      Kursus jangka pendek adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat dan juga organisasi dalam meningkatkan kemahiran individu mahupun prestasi kerja kakitangan. 

    • SENARAI KURSUS , TEMPOH DAN YURAN

       TEKNOLOGI MAKLUMAT

      KOD  KURSUS

      TEMPOH (HARI)

      YURAN (RM)
      IT01 Ms. Excel Untuk Pengkeranian 2 250
      IT02 Ms. Powerpoint ( Teknik Pembentangan Berkesan ) 2 250
      IT03 Ms. Office ( Intermediate ) 2 300
      IT04 Ms. Publisher 2 330
      IT05 Adobe Photoshop 2 330
      IT06 Electrical Drawing Using AutoCAD 2 300

       JAHITAN

      KOD

      KURSUS

      TEMPOH

      (HARI)

      YURAN

      (RM)

      JA01 Jahitan ( Baju Melayu ) 2 250
      JA02 Jahitan ( Uniform ) 2 250
      JA03 Jahitan ( T-Shirt ) 1 250
      JA04 Jahitan ( Kurta ) 1 250
      JA05 Jahitan ( Baju Kanak-Kanak ) 1 250

       KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

      KOD KURSUS

      TEMPOH

      (HARI

      YURAN

      (RM)

      KK01 Set Up HSE Commitee At Your WorkPlace 2 500
      KK02 Kesedaran Keselamatan Kebakaran 2 320
      KK03 Kesedaran Keselamatan & Kesihatan di Pejabat 1 200
      KK04 Ergonomik Dalam Pekerjaan 1 200
      KK05 Kesedaran Keselamatan Elektrik di Hotel 1 250
      KK06 Keselamatan & Kesihatan di Pejabat 1 200

      KIMPALAN

      KOD KURSUS

      TEMPOH

      (HARI)

      YURAN

      (RM)

      K101 Welding Refresher Course 1 60
      K102 6G-SMAW-Carbon Steel Pipe+WQT 3 2500
      K103 6GR-SMAW-Carbon Steel Pipe+WQT 3 2500
      K104 6G-GTAW-Carbon Steel Pipe+WQT 3 2500
      K105 Basic Welding Knowledge for Engineers & Technician   1000
      K106 Basic Metallurgy for Welders 2 1400
      107 Understanding Welding Procedure Specification 2 1000

      ELEKTRIK & TENAGA

      KOD KURSUS

      TEMPOH

      (HARI)

      YURAN

      (RM)

      ET01 Penyelenggaraan Pendawaian & Peralatan Elektrik 2 700
      ET02 Basic Solar PV System for Non Engineers 1 200
      ET03 Pemasangan &Penyelenggaraan Panel Solar 3 2000

       AUTOMOTIF

      KOD KURSUS

      TEMPOH

      (HARI)

      YURAN

      (RM)

      AU01 Penyelenggaraan Kenderaan 2 700

       

    • KUMPULAN SASARAN

      • Pekerja industri / swasta / awam 
      • Suri Rumah / Bekerja Sendiri 
      • Pertubuhan Bukan Kerajaan
      • Pelajar Sekolah

    • BAYARAN KURSUS

    •  rujuk kalendar program jangka pendek

  • KAEDAH PEMBELAJARAN

    Pembelajaran Kursus Jangka Pendek adalah berpandukan konsep “Hands–on “ dimana semua peserta di dedahkan dalam bentuk praktikal dan teori.

  • PERSIJILAN

    Peserta akan diberikan sijil Penyertaan oleh TESDEC

  • Read more

    Kursus Diploma

      PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN

      • DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY (AUTOMOTIVE) | ( N/521/4/0130 ) ( PA 7583 )/11/20 )

        PENGENALAN

        Kursus ini dibentuk untuk melahirkan juruteknik berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi automotif yang memenuhi keperluan dalam industri yang dinamik. Program ini menggabungkan asas-asas latihan mekanikal disamping penggunaan pelbagai teknologi terkini dalam diagnosis automotif, pembaikan, dan penyelengaraan yang diperlukan selaras dengan keperluan pelbagai jenis kereta moden masa kini. Kemudahan bengkel teknikal yang disediakan membolehkan pelajar mempraktikkan kemahiran dan teori pembelajaran dalam situasi sebenar

         

        PROGRAMME LEARNING OUTCOME

        1) Menerapkan pengetahuan matematik, sains dan asas - asas teknologi kejuruteraan kepada prosedur - prosedur dan amalan yang ditentukan dalam bidang automotif

        2) Menganalisis permasalahan kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang automotif

        3) Merumuskan penyelesaian kepada permasalahan teknikal tertentu berkaitan dengan teknologi automotif

        4) Membantu merumuskan teknik- teknik automotif, komponen atau proses - proses hingga memenuhi keperuan yang ditetapkan

        5) Menjalankan selidikan terhadap masalah - masalah automotif tertentu

        6) Menerapkan teknik - teknik yang sesuai, sumber dan alatan kejuruteraan terhadap aktiviti tertentu automotif dan dengan kesedaran had - had teknik, sumber dan alatan berkenaan.

        7) Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan tentang isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundang-undangan serta tanggungjawab mengenainya.

        8) Berkomunikasi dengan berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum.

        9) Dapat berfungsi dengan berkesan di dalam sesebuah pasukan teknikal.

        10) Menunjukkan pemahaman etika, tanggungjawab dan norma - norma professional dalam amalan teknologi kejuruteraan.

        11) Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.

        12) Menunjukkan pemahaman tentang impak amalan - amalan kejuruteraan dengan mengambil kira perlunya kelestarian pembangunan.

        13) Mengenal keperluan pembangunan professional dan mengamalkan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

         

        OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

        1) Untuk Melahirkan juruteknik Kejuruteraan yang berpengetuan, kompeten dan berinovasi yang mampu memberi sumbangan ke arahpewujudan modal insan bagi industri berkaitan automotif.

        2) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan bersemangat berpasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri.

        3) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan.

        4) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mengamalkan profesionalisme dengan etika dan tanggungjawab sosial.

        5) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mampu memulakan aktiviti keusahwanan dan perniagaan.

         

        KELAYAKAN

        LULUS SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya  3 (Tiga) kredit termasuk matapelajaran  berikut:

        a) Matematik

        b) Sains /Sains Tambahan / Fizik/ Kimia /Biologi /lain-lain  mata

        pelajaran teknikal

        c)  Satu (1) mata pelajaran lain serta  sekurang-kurangnya LULUS Bahasa Inggeris

         

        d) LULUS SKM TAHAP 3 dalam bidang berkaitan dan LULUS SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 matapelajaran

        e)  LULUS Sijil Kolej Komuniti dalam bidang berkaitan dan LULUS SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 matapelajaran

        f) LULUS Sijil Sains dari Kolej TESDEC dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.0 atau

        Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Keraajaan Malaysia

        LALUAN KERJAYA

        • Jurutera Automotif
        • Jurutera Jaminan Kualiti Servis
        • Sales Advisor
        • Usahawan Automotif
        • Pengurus Servis
        • Eksekutif Servis
        • Eksekutif Bengkel/Workshop
        • Technical Supervisor

         

        PEMBIAYAAN

        Yayasan Terengganu & Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN )

         

      • DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN WELDING in collaboration with Universiti Kuala lumpur-Malaysia France institute ( UniKL-MFi ) | ( N/521/4/0086 ) ( FA 4952 )/08/19))

        PENGENALAN

        Kursus ini akan membekalkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimpalan yang membawa kepada diploma teknikal dan kecekapan sebagai ahli teknologi kimpalan yang profesional. Teknologi Kimpalan melibatkan semua aspek latihan kimpalan termasuk pengurusan dan penyertaan dalam bidang pemeriksaan kimpalan, sokongan teknikal, pembantu kepada jurutera dan penasihat kepada pengimpal dan pengendali.

         

        LEARNING OUTCOME

        1) Menerapkan Pengetehuan Matematik, Sains dan Asas - asas teknologi Kejuruteraan kepada prosedur - prosedur dan amalan yang ditentukan.  

        2) Menganalisis permasalahan kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang kimpalan

        3) Merumuskan Penyelesaian kepada permasalahan teknikal tertentu berkaitan teknologi kimpalan

        4) Membantu Merumuskan teknik - teknik kimpalan, komponen atau pemprosesan sehingga memenuhi keperluan yang ditetapkan.

        5) Menjalankan selidikan terhadap masalah kimpalan yang tertentu.

        6) Menerapkan teknik yang sesuai, sumber & alatan kejuruteraan terhadap aktiviti tertentu kimpalan dan dengan kesedaran tentang had - had  

            teknik, sumber dan alatan berkenaan.

        7) Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan tentang isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundang-undangan dan kebudayaan serta tanggungjawab mengenainya.

        8) Berkomunikasi dengan berkesan dengan komuniti kejuruteraan & masyarakat umum

        9) Dapat berfungsi dengan berkesan di dalam sesebuah pasukan teknikal.

        10) Menunjukkan pemahaman tentang etika, tanggungjawab dan norma - norma professional dalam amalan teknologi kejuruteraan.

        11) Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan, amalan perniagaan & keusahawanan.

        12) Menunjukkan pemahaman tentang impak amalan - amalan kejuruteraan dengan mengambil kira perlunya kelestarian pembangunan.

        13) Mengenal keperluan pembangunan professional dan mengamalkan pembelajaran kendiri & sepanjang hayat

         

         OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

        1) Untuk Melahirkan juruteknik Kejuruteraan yang berpengetuan, kompeten dan berinovasi yang mampu memberi sumbangan ke ara hpewujudan modal insan bagi industri berkaitan kimpalan.

        2) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan bersemangat berpasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri.

        3) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan.

        4) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mengamalkan profesionalisme dengan etika dan tanggungjawab sosial.

        5) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mampu memulakan aktiviti keusahawanan dan perniagaan.

         

        KELAYAKAN

        Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya lima (5) kredit dalam mata pelajaran berikut:

        1) Bahasa Melayu,Matematik,Sains/ Sains Tulen/ Teknikal/Vokasional dan dua mata pelajaran lain;

        2) LULUS Bahasa Inggeris.

        ATAU

        LULUS Sijil  ( Tahap 3 KKM ) dalam bidang berkaitan daripada institut Kemahiran MARA (IKM) / Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) atau pemberi Pengajian Tinggi (PPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan memperoleh Sekurang-kurangnya CGPA 2.0 dan

        i) LULUS  SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 1 Kredit

        ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama

        iii) Sekiranya perlu, PPT perlu menyediakan program bridging sebagai program pengukuhan bagi pelajar bagi pelajar yang beralih dari sektor kemahiran/teknikal kepada sektor akademik, akademik, atau pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan selama 1 tahun.

        ATAU

        LULUS  sijil kemahiran  (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan

        i) LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurang 1 kredit

        ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama

        iii) iii) Sekiranya perlu, PPT perlu menyediakan program bridging sebagai program pengukuhan bagi pelajar bagi pelajar yang beralih dari sektor kemahiran/teknikal kepada sektor akademik, akademik, atau pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan selama 1 tahun.

         ATAU

         LULUS  Sijil Sains daripada Kolej TESDEC dengan Minimum PNGK 2.00

        ATAU

        Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

        LALUAN KERJAYA

        • Jurutera Kualiti
        • Jurutera Jaminan Kualiti
        • Jurutera Kimpalan
        • Welding Inspektor
        • Industri Minyak dan Gas, Pembinaan Kapal laut dan Udara

         

      • DIPLOMA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN | ( N/862/4/0024 ) ( PA 94643 )/11/23 )

        KELAYAKAN

        Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mata pelajaran berikut:

        1) Matematik @ Sains / Sains Tulen/ Teknikal/Vokasional dan dua mata pelajaran lain;

        2) LULUS Bahasa Melayu dan Inggeris.

        ATAU

        LULUS Sijil  ( Tahap 3 KKM ) dalam bidang berkaitan daripada institut Kemahiran MARA (IKM) / Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) atau pemberi Pengajian Tinggi (PPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan memperoleh Sekurang-kurangnya CGPA 2.0 dan

        i) LULUS  SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 1 Kredit

        ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama

         

        ATAU

        LULUS  sijil kemahiran  (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan

        i) LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurang 1 kredit

        ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama

         

        ATAU

         LULUS  Sijil Sains daripada Kolej TESDEC dengan Minimum PNGK 2.00

        ATAU

        Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Keraajaan Malaysia

         

      • DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMPALAN | ( N/521/4/0184 ) ( MQA/PA 12051 )

        KELAYAKAN

        Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mata pelajaran berikut:

        1) Matematik /Sains/ Sains Tulen/ Teknikal/Vokasional dan dua mata pelajaran lain;

        2) LULUS Bahasa Melayu dan Inggeris.

        ATAU

        LULUS Sijil  ( Tahap 3 KKM ) dalam bidang berkaitan daripada institut Kemahiran MARA (IKM) / Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) atau pemberi Pengajian Tinggi (PPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan memperoleh Sekurang-kurangnya CGPA 2.0 dan

        i) LULUS  SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 1 Kredit

        ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama

         

        ATAU

        LULUS  sijil kemahiran  (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan

        i) LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurang 1 kredit

        ii) Menyambung pengajian Diploma dalam bidang yang sama

         

        ATAU

         LULUS  Sijil Sains daripada Kolej TESDEC dengan Minimum PNGK 2.00

         

        ATAU 

        Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

         

         

      Read more

      Tentang TESDEC

      Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

      Hubungi Kami

      Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

      Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
      21600 Marang, Terengganu.
      Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
      Emel : info@tesdec.edu.my