wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English

Kursus Lepasan Siswazah

  • 1. Safety and Health Officer

     PENGENALAN :

    • Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1997 telah dikuatkuasakan pada 22 Ogos 1997 dimana akta berkenaan telah menetapkan agar industri/majikan mestilah mempunyai seorang pegawai yang bertanggungjawab menguruskan isu keselamatan dan kesihatan pekerja ditempat kerja. Selaras dengan itu , TESDEC akan membuka peluang kepada lepasan Diploma untuk menjadi seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

     

    SYARAT KEMASUKAN: Pemegang Diploma dalam pelbagai bidang/keutamaan adalah dalam bidang kejuruteraan

    TEMPOH KURSUS: 6 bulan ( 3 bulan teori + 3 bulan OJT )

    PERSIJILAN:  Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja ( JKKP ) & UMP

  • 2. Process Instrumentation and Control Technology

    PENGENALAN :

    • Pembelajaran kemahiran teknikal industri merupakan salah satu proses yang amat penting dalam perkhidmatan industri terutama minyak dan gas untuk mencapai kakitangan industri supaya lebih cekap , berkesan dan juga meningkatkan kualiti produk sesebuah industri. Selaras dengan itu, , TESDEC akan membuka peluang kepada lepasan Diploma terutama dalam bidang kejuruteraan bagi meningkatkan prestasi jurutera-jurutera muda dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan melalui pendekatan hand-on yang berkaitan pemasangan, kalibrasi, penalaan dan juga pentauliahan loji.

    SYARAT KEMASUKAN: Pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan/keutamaan adalah dalam bidang mekanikal dan elektrikal

    TEMPOH KURSUS: 6 bulan ( 3 bulan teori + 3 bulan OJT )

    PERSIJILAN: Azbil Certificate Automation Professional ( ACAP )

  • 3. Occupational Health and Safety Officer

    PENGENALAN:

    • Untuk melengkapkan para peserta dengan kemahiran dan pengetahuan dalam sistem pengurusan kualiti automotif berdasarkan ISO / Ts 16949:2002 sebelum memulakan kerja dalam automatif dan industri yang berkaita
    • Untuk memudahkan para peserta memasuki alam pekerjaan dalam bidang automatif dan industri berkaitan
    • Meningkatkan pengetahuan para peserta dalam memahami peralatan teras untuk kualiti sistem automotif seperti MSA, SPC, APQP, PPAP dan FME
    • Untuk menyediakan para peserta dengan pendedahan persekitaran kerja sebenar melalui latihan perindustrian dalam industri automotif yang terpilih

    SYARAT KEMASUKAN: Pemegang Ijazah/Diploma dalam bidang Kejuruteraan

    TEMPOH KURSUS: 6 bulan

    PERSIJILAN: SIRIM

  • 4. Sistem Pengurusan Kualiti Automotif

    PENGENALAN :

    Sistem Pengurusan Kualiti Automotif adalah program pembangunan berstruktur dan insentif bertujuan mengilap kemahiran graduan yang ingin memasuki pelbagai industri pekerjaan khususnya dalam bidang automotif. ISO/TS 16949 adalah ISO teknikal yang bertujuan untuk memperkembangkan sistem pengurusan kualiti. Ia dirangka bagi menghasilkan peningkatan kualiti secara berterusan,mengelak daripada kepincangan dan pengurangan variasi serta kerugian di dalam rantaian pembekal. Ia disediakan oleh International Automotif Task Force dan ISO Technical Committee bagi menyesuaikan peraturan-peraturan khusus yang berkaitan sistem pengurusan kualiti.

     

    SYARAT KEMASUKAN: Pemegang Ijazah/Diploma dalam semua bidang

    TEMPOH KURSUS: 6 bulan

    PERSIJILAN: SIRIM

  • 5. Bioteknologi

    PENGENALAN :

    Bioteknologi merupakan salah satu penyumbang utama ekonomi Negara.Bioteknologi telah pun dikenalpasti kepentingannya di dalam dasar-dasar kerajaan semenjak Rancangan Malaysia Ke 5 sehingga kini.Program ini akan  dijalankan  selama 6 bulan dan pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan mengenai bioteknologi antaranya seperti Introduction to Biotechnology, Genetic Engineering, Fermentation Technology, Biochemistry. GMP, GCP, HACCP, IP dan Entrepreneurship.

    SYARAT KEMASUKAN: Pemegang Ijazah/Diploma dalam semua bidang

    TEMPOH KURSUS: 6 bulan

    PERSIJILAN: SIRIM

  • 6. Quality Management System for Oil and Gas Industry

    PENGENALAN :

    ISO/TS 29001:2010 untuk industri minyak dan gas adalah bermatlamatkan kepuasan pelanggan dan juga penambahbaikan secara berterusan. Teknik kualiti dalam ISO/TS 29001:2010 di dapati boleh digunakan untuk menganalisis dan memperbaiki sistem pengurusan minyak dan gas.Selama 6 bulan program ini berjalan pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan mengenai sistem pengurusan minyak & gas antaranya API Q1,API Q2, Petroleum  Production System, OHSAS 18001,EMS 14001 dan sebagainya.

     

    SYARAT KEMASUKAN: Pemegang Ijazah/Diploma dalam semua bidang

    TEMPOH KURSUS: 6 bulan

    PERSIJILAN: SIRIM

  • 7. Information Security Mangement System & CompTIA

    SYARAT KEMASUKAN: Pemegang Ijazah/Diploma dalam bidang Kejuruteraan

    TEMPOH KURSUS: 6 bulan

    PERSIJILAN: -

  • 8. Energy Management System

    PENGENALAN :

    Sistem pengurusan tenaga diwujudkan bagi membolehkan organisasi mewujudkan pengurusan yang sistematik dalam penggunaan tenaga dan kegunaannya di dalam operasi perniagaan untuk meningkatkan prestasi tenaga termasuk kecekapan tenaga dan intensitinya. Sistem pengurusan tenaga membawa kepada pengurangan kos operasi tenaga , pelepasan gas rumah hijau dan kesan alam sekitar yang lain melalui pengurusan tenaga secara sistematik. Ianya juga untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan sistem pengurusan tenaga (ISO 50001 ).

    SYARAT KEMASUKAN: Pemegang Ijazah/Diploma dalam semua bidang

    TEMPOH KURSUS: 6 bulan

    PERSIJILAN: -

     

Read 12473 times Last modified on Selasa, 09 Mei 2017 06:41

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my