wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English

Kursus Diploma

    PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN

    • DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY (AUTOMOTIVE) | MQA/PA7583

      PENGENALAN

      Kursus ini dibentuk untuk melahirkan juruteknik berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi automotif yang memenuhi keperluan dalam industri yang dinamik. Program ini menggabungkan asas-asas latihan mekanikal disamping penggunaan pelbagai teknologi terkini dalam diagnosis automotif, pembaikan, dan penyelengaraan yang diperlukan selaras dengan keperluan pelbagai jenis kereta moden masa kini. Kemudahan bengkel teknikal yang disediakan membolehkan pelajar mempraktikkan kemahiran dan teori pembelajaran dalam situasi sebenar

       

      PROGRAMME LEARNING OUTCOME

      1) Menerapkan pengetahuan matematik, sains dan asas - asas teknologi kejuruteraan kepada prosedur - prosedur dan amalan yang ditentukan dalam bidang automotif

      2) Menganalisis permasalahan kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang automotif

      3) Merumuskan penyelesaian kepada permasalahan teknikal tertentu berkaitan dengan teknologi automotif

      4) Membantu merumuskan teknik- teknik automotif, komponen atau proses - proses hingga memenuhi keperuan yang ditetapkan

      5) Menjalankan selidikan terhadap masalah - masalah automotif tertentu

      6) Menerapkan teknik - teknik yang sesuai, sumber dan alatan kejuruteraan terhadap aktiviti tertentu automotif dan dengan kesedaran had - had teknik, sumber dan alatan berkenaan.

      7) Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan tentang isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundang-undangan serta tanggungjawab mengenainya.

      8) Berkomunikasi dengan berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum.

      9) Dapat berfungsi dengan berkesan di dalam sesebuah pasukan teknikal.

      10) Menunjukkan pemahaman etika, tanggungjawab dan norma - norma professional dalam amalan teknologi kejuruteraan.

      11) Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.

      12) Menunjukkan pemahaman tentang impak amalan - amalan kejuruteraan dengan mengambil kira perlunya kelestarian pembangunan.

      13) Mengenal keperluan pembangunan professional dan mengamalkan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

       

      OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

      1) Untuk Melahirkan juruteknik Kejuruteraan yang berpengetuan, kompeten dan berinovasi yang mampu memberi sumbangan ke arahpewujudan modal insan bagi industri berkaitan automotif.

      2) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan bersemangat berpasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri.

      3) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan.

      4) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mengamalkan profesionalisme dengan etika dan tanggungjawab sosial.

      5) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mampu memulakan aktiviti keusahwanan dan perniagaan.

       

      KELAYAKAN

      LULUS SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya  3 (Tiga) kredit termasuk matapelajaran  berikut:

      a) Matematik

      b) Sains /Sains Tambahan / Fizik/ Kimia /Biologi /lain-lain  mata

      pelajaran teknikal

      c)  Satu (1) mata pelajaran lain serta  sekurang-kurangnya LULUS Bahasa Inggeris

      atau

      Memiliki Sijil IKM/ILP daripada universiti yang diiktiraf oleh Senat UniKL

      atau sijil –sijil yang diiktiraf dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.00 dan sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.

       

      LALUAN KERJAYA

      • Jurutera Automotif
      • Jurutera Jaminan Kualiti Servis
      • Sales Advisor
      • Usahawan Automotif
      • Pengurus Servis
      • Eksekutif Servis
      • Eksekutif Bengkel/Workshop
      • Technical Supervisor

       

      PEMBIAYAAN

      Yayasan Terengganu & Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN )

       

    • DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY IN WELDING | KPT/JPS/(PA4952)/08/1

      PENGENALAN

      Kursus ini akan membekalkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimpalan yang membawa kepada diploma teknikal dan kecekapan sebagai ahli teknologi kimpalan yang profesional. Teknologi Kimpalan melibatkan semua aspek latihan kimpalan termasuk pengurusan dan penyertaan dalam bidang pemeriksaan kimpalan, sokongan teknikal, pembantu kepada jurutera dan penasihat kepada pengimpal dan pengendali.

       

      LEARNING OUTCOME

      1) Menerapkan Pengetehuan Matematik, Sains dan Asas - asas teknologi Kejuruteraan kepada prosedur - prosedur dan amalan yang ditentukan.  

      2) Menganalisis permasalahan kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang kimpalan

      3) Merumuskan Penyelesaian kepada permasalahan teknikal tertentu berkaitan teknologi kimpalan

      4) Membantu Merumuskan teknik - teknik kimpalan, komponen atau pemprosesan sehingga memenuhi keperluan yang ditetapkan.

      5) Menjalankan selidikan terhadap masalah kimpalan yang tertentu.

      6) Menerapkan teknik yang sesuai, sumber & alatan kejuruteraan terhadap aktiviti tertentu kimpalan dan dengan kesedaran tentang had - had  

          teknik, sumber dan alatan berkenaan.

      7) Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan tentang isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundang-undangan dan kebudayaan serta tanggungjawab mengenainya.

      8) Berkomunikasi dengan berkesan dengan komuniti kejuruteraan & masyarakat umum

      9) Dapat berfungsi dengan berkesan di dalam sesebuah pasukan teknikal.

      10) Menunjukkan pemahaman tentang etika, tanggungjawab dan norma - norma professional dalam amalan teknologi kejuruteraan.

      11) Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan, amalan perniagaan & keusahawanan.

      12) Menunjukkan pemahaman tentang impak amalan - amalan kejuruteraan dengan mengambil kira perlunya kelestarian pembangunan.

      13) Mengenal keperluan pembangunan professional dan mengamalkan pembelajaran kendiri & sepanjang hayat

       

       OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

      1) Untuk Melahirkan juruteknik Kejuruteraan yang berpengetuan, kompeten dan berinovasi yang mampu memberi sumbangan ke arahpewujudan modal insan bagi industri berkaitan automotif.

      2) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan bersemangat berpasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri.

      3) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan.

      4) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mengamalkan profesionalisme dengan etika dan tanggungjawab sosial.

      5) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mampu memulakan aktiviti keusahwanan dan perniagaan.

       

      KELAYAKAN

      Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya lima (5) kredit dalam mata pelajaran berikut:

      1) Bahasa Melayu,Matematik,Sains/ Satu Subjek Teknikal dan dua mata pelajaran lain;

      2) Lulus Bahasa Inggeris.

      ATAU

      Memiliki Sijil IKM/ILP/IKBN yang diiktiraf oleh Senat atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat dalam bidang yang berkaitan dengan mendapat PNGK 2.0 dan ke atas; dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

       

      LALUAN KERJAYA

      • Jurutera Kualiti
      • Jurutera Jaminan Kualiti
      • Jurutera Kimpalan
      • Welding Inspektor
      • Industri Minyak dan Gas, Pembinaan Kapal laut dan Udara

       

       

       

    Read 10651 times Last modified on Khamis, 06 April 2017 01:06
    permohonan tesdec

    Tentang TESDEC

    Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

    Hubungi Kami

    Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

    Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
    21600 Marang, Terengganu.
    Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
    Emel : info@tesdec.edu.my