wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English

Berita@Tesdec

Misi Bantuan Banjir di Pulau Pinang

 9 Hingga 11 November 2017, beberapa kakitangan TESDEC telah menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan di Pulau Pinang yang dilanda banjir baru-baru ini Bersama Skuad Sukarelawan TTB pd 9 hingga 11 November 2017

Moga penyertaan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban dikalangan mangsa yang terlibat


#Misikemanusiaan
#Skuadsukarelawan
#Kreditbuatsemua

 

Read more

SESI TEMUDUGA TGTP

TAHNIAH kepada calon-calon yang terpilih dipanggil menghadiri sesi temuduga pada 31/10/17 dan 1/11/17 di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC). Seramai hampir 800 siswazah (lepasan diploma dan ijazah) merangkumi pelbagai bidang (pengurusan, pembuatan & pembinaan, pelancongan, pertanian, perikanan, penternakan dan keusahawanan) telah ditemuduga secara khusus mengikut  bidang dan keperluan bakal majikan. Mereka merupakan antara ribuan pemohon yang telah membuat permohonan rasmi melalui laman web tgtp.terengganu.gov.my

Mana-mana calon yang terpilih dalam sesi temuduga tersebut akan ditempatkan di Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) selama 6 bulan agar mereka dapat menimba pengalaman dengan merasai sendiri suasana persekitaran kerja sebenar. Program yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran kerja khususnya di kalangan siswazah Terengganu ini telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada pelbagai agensi yang terlibat.

Program ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan selaras dengan perlaksanaan konsep 3P (Perumahan, Pekerjaan dan Peningkatan Kos Sara Hidup)

Sekiranya anda terpilih, manfaatkan peluang ini dengan sepenuhnya. SEMOGA BERJAYA!!

Read more

KEJOHANAN SUKAN MASISWA ZON TIMUR 2017

SEMOGA TEAM TESDEC BERJAYA MEMPEROLEHI KEMENANGAN DI KEJOHANAN TERSEBUT YANG SEDANG BERLANGSUNG DI KUIPSAS , PAHANG

#TESDECJUARA 

Read more

MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS 6GC SESI 2 2017

Sekalung Tahniah diucapkan kepada pelajar Kursus Kimpalan 6GC Sesi 2 / 2017 kerana telah berjaya menamatkan program pengajian dengan rasminya pada 2 November 2017.

Read more

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my