wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English

Berita@Tesdec

Penyerahan Enjin daripada Perodua

 Terima Kasih kepada pihak Perodua atas sumbangan enjin semoga pelajar kami mendapat maanfaat di atas pemberian ini.

Read more

TAZKIRAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2017 & MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT KEPADA PELAJAR TESDEC

Tazkirah sempena Sambutan Maulidur Rasul 2017 & Majlis Penyerahan Zakat kepada pelajar TESDEC telah diadakan pada 14 Disember 2017 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun TESDEC. Tazkirah telah disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Muhdi bin Ramlan. Manakala Majlis Penyampaian Zakat telah disempurnakan oleh En. Mat Azam Husain, Timbalan Pengurus Besar TESDEC. 

Read more

TEMUDUGA TGTP KALI KE 3

TESDEC telah mengadakan temuduga kali ke 3 untuk Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) yang menyaksikan kehadiran hampir 300 calon. Sesi pada hari Ahad (10/12/17) memfokus pada calon-calon yang memohon untuk bidang pelancongan, pertanian, penternakan, perikanan dan usahawan. Manakala sesi hari berikutnya (Isnin, 11/12/17) disasarkan kepada pemohon dalam bidang pengurusan dan pembuatan & pembinaan.

Calon yang terpilih akan mengikuti program selama 6 bulan (latihan/penempatan di tempat kerja) dan seterusnya akan dinilai. Sekiranya mereka menunjukkan reputasi yang baik, tempoh program akan dilanjutkan serta berkemungkinan akan diserap.

TAHNIAH bagi yang berjaya. Manfaatkan peluang ini sepenuhnya.

Read more

MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS PROCESS INSTRUMENTATION & CONTROL TECHNOLOGY SESI 1/2017 BATCH 2

Sekalung Tahniah diucapkan kepada pelajar Kursus Process Instrumentation & Control Technology Sesi 1/2017 Batch 2 sempena Program Tamat Latihan pada 7 Disember 2017 bertempat di Dewan ibnu Khaldun, TESDEC. Program ini telah disempurnakan oleh En. Mat Azam bin Husain, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) yang mewakili Pengurus Besar TESDEC. Diharapkan semoga semua pelajar berjaya di lapangan kerjaya masing-masing. 

Read more

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my