wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
zul

zul

KEJOHANAN SUKAN MASISWA ZON TIMUR 2018

Kejohanan sukan masiswa zon timur 2018 telah berlangsung pada 1 hingga 4 November 2018 bertempat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). TESDEC telah mengambil bahagian dalam acara bolasepak padang dan acara badminton. Sejumlah 18 atlet telah menyertai kejohanan ini. Dalam kejohanan ini, TESDEC telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara bolasepak.        

Read more

PROGRAM PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN 2018

Program perarakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 telah berlangsung pada 31 Ogos 2018. Seramai 35 orang pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Automotif telah menyertai perarakan ini yang bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Pantai Batu Burok. Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Tuan Haji Md. Kamaru Al-Amin bin Ismail yang telah menerima tabik hormat dari pasukan perbarisan TESDEC.

Read more

MAJLIS SOLAT HAJAT & PROGRAM WORLD QURAN HOUR

Majlis Solat Hajat dan Program World Quran Hour telah diadakan pada 30 Ogos 2018 bertempat di Surau As-Syakirin TESDEC. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi TESDEC (KESUKET). Peserta program adalah terdiri daripada kakitangan dan juga pelajar TESDEC. Program ini adalah untuk menyemai budaya membaca Al-Quran di kalangan warga TESDEC khususnya disamping memupuk semangat memahami ajaran serta isi kandungan Al-Quran.

Read more

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my