wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
zul

zul

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN ZAKAT PELAJAR

TESDEC melalui Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan majlis  penyerahan zakat kepada pelajar TESDEC yang layak pada 26 Mei 2019 bersamaan 21 Ramadhan 1440H. Majlis ini telah berlangsung di perkarangan Lobi Kompleks Latihan Al Farabi TESDEC. Majlis ini melibatkan penyertaan pelajar, kakitangan pengurusan, pensyarah dan tenaga pengajar. Penyerahan zakat pelajar telah disempurnakan oleh Tuan Haji Md Kamaru Al-Amin bin Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC diiringi oleh YM En. Sheikh Nehmil Emir bin Alias merangkap Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan Kemahiran & Akademik).

Read more

PROGRAM CINTAI SENI BATIK

Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menjemput pihak Noor Arfa Batik untuk menjayakan Program Cintai Seni Batik di TESDEC. Program ini telah diadakan pada 24 Mac 2019 bertempat di kelas jahitan dan lobi pentadbiran. Pelajar terlebih dahulu telah diberi taklimat berkaitan apa itu batik dan proses-proses dalam pembuatan batik. Di samping itu, para pelajar juga diberi pendedahan dengan demonstrasi proses mencanting batik dari awal hingga akhir.  

Read more

Program Tomorrow's Leader

Program Tomorrow's Leader telah diadakan pada 6 Mac 2019 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. TESDEC. Program kerjasama di antara Unit Hal Ehwal Pelajar dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Marang ini telah disertai oleh seramai 50 orang pelajar. Selain ceramah kesedaran, pihak AADK juga turut mengadakan pameran mengenai jenis-jenis dadah serta kesan buruk penggunaannya.

Read more

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my