wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
sayati

sayati

Kursus Jangka Pendek - Jahitan Baju Kurung (Moden)

Jom jahit baju raya sendiri..!!

 

Read more

TEMUDUGA TGTP KALI KE 3

TESDEC telah mengadakan temuduga kali ke 3 untuk Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) yang menyaksikan kehadiran hampir 300 calon. Sesi pada hari Ahad (10/12/17) memfokus pada calon-calon yang memohon untuk bidang pelancongan, pertanian, penternakan, perikanan dan usahawan. Manakala sesi hari berikutnya (Isnin, 11/12/17) disasarkan kepada pemohon dalam bidang pengurusan dan pembuatan & pembinaan.

Calon yang terpilih akan mengikuti program selama 6 bulan (latihan/penempatan di tempat kerja) dan seterusnya akan dinilai. Sekiranya mereka menunjukkan reputasi yang baik, tempoh program akan dilanjutkan serta berkemungkinan akan diserap.

TAHNIAH bagi yang berjaya. Manfaatkan peluang ini sepenuhnya.

Read more

TEMUDUGA TGTP KALI KE 2

TAHNIAH!!  Sekali lagi Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) telah mengadakan sesi temuduga bagi memilih peserta Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP). Temuduga kali ini menyaksikan kehadiran hampir 200 calon merangkumi bidang pengurusan, pembuatan & pembinaan, penternakan dan pertanian.

Pihak Kerajaan Negeri, melalui pelbagai agensi dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) yang berkaitan, memberikan sokongan padu terhadap perlaksanaan program yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran siswazah Terengganu. Sepanjang tempoh program (6 bulan), para peserta yang bakal ditempatkan di majikan-majikan yang bersesuaian ini, adalah amat bertuah kerana mereka berpeluang merasai sendiri suasana kerja sebenar.


SEMOGA BERJAYA!!

Read more

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my