Print this page
Selasa, 22 Januari 2019 00:00

MAJLIS GRADUASI TESDEC 2018

Written by 

Majlis Graduasi TESDEC 2018 telah diadakan pada 8 Disember 2018 bertempat di Wisma Darul Iman. Majlis penganugerahan sijil telah disampaikan oleh YB Dato' A. Rahman bin Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Tuan Haji Md. Kamaru Al-Amin bin Ismail. Antara kursus yang terlibat dengan majlis penganugerahan ini ialah Sijil Sains, Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa, Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Fotovoltar Tersambung Grid,Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam, Pemasangan Paip Gas, Pembuatan Pakaian Wanita,Kimpalan 6G, dan Lukisan Pelan Senibina. Majlis ini turut menyaksikan seramai 9 orang graduan telah dianugerahkan Anugerah Pelatih Terbaik mewakili kursus masing-masing. Syabas dan tahniah kepada semua graduan di atas kejayaan menamatkan pengajian di TESDEC.

Read 406 times Last modified on Ahad, 27 Januari 2019 00:18

Image Gallery

Main Menu