wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
Khamis, 16 Ogos 2018 00:00

PERODUA CAREER TALK

Written by 

PERODUA CAREER TALK telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar TESDEC dengan kerjasama syarikat PERODUA.  Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Ogos 2018 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun TESDEC. Program ini melibatkan pelajar dari program Diploma Automotif dan Sijil Automotif serta pelajar dari beberapa program lain. Selain pelajar, program ini turut dihadiri oleh beberapa kaunselor sekolah di sekitar Marang.

Taklimat kerjaya telah disampaikan oleh En. Waisulqurni bin Ismail, Pengurus di Jabatan Pengurusan Modal Insan dari Perodua Rawang. Melalui program ini, para pelajar diberi pendedahan yang lebih luas dalam bidang automotif serta peluang kerjaya dalam bidang ini. Selain itu, pelajar juga turut diberi tunjuk ajar dan tips menghadapi temuduga. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh En. Sheikh Nehmil Emir bin Alias, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan Kemahiran & Akademik).

Read 939 times Last modified on Selasa, 28 Ogos 2018 07:04

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my