wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
Ahad, 28 Mei 2017 00:00

KARNIVAL #SAWATESDEC 2017

Written by 

SERAMAI 2,535 orang terdiri daripada pelajar beberapa sekolah dan TESDEC di Marang melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai rekod pembabitan paling ramai dalam acara mendeklamasi sajak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, Marang pada 24 Mei yang lalu.

Sebahagian besar peserta terdiri daripada pelajar SMK Bukit Sawa iaitu seramai 1,200 orang dan selebihnya murid serta pelajar dari sekolah berdekatan dan juga dari Kakitangan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Uniknya, bacaan sajak bertajuk Lantera Penyuluh Transformasi itu dibuat dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab selain diselitkan nyanyian.

Pengesahan rekod dilakukan Timbalan Pengurus MBR, Ayman Izzaz.

Rekod penyertaan deklamasi sajak paling ramai di negara ini sebelum ini berjumlah 1,512 orang.

Program ini juga diselitkan dengan aktiviti pameran dan juga pemeriksaan kenderaan percuma oleh TESDEC dan juga pameran dari agensi luar.

Tahniah dan Syabas kepada yang terlibat dalam Karnival #sawaTesdec 2017

 

 

 

Read 104 times Last modified on Isnin, 29 Mei 2017 03:48
More in this category: « TESDEC RIMBATHON 2017
permohonan tesdec

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my