wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English

Berita@Tesdec

PROGRAM WATER CONFIDENCE

Unit Hal Ehwal Pelajar TESDEC (HEP) telah menjalankan Program "Water Confidence"  (Keyakinan Di Air) pada 20 hingga 21 April 2018 bertempat di Sungai Loh, Dungun, Terenganu. Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar yang terpilih bagi setiap kursus. Program ini dikendalikan oleh En. Azmi Awang selaku Ketua Ekspedisi. Aktiviti ini juga dilihat telah memberi impak yang positif dari segi keyakinan diri pelajar ketika berada dalam air dan memupuk semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar.     

 

Read more

JAWATAN KOSONG 2018 - PENSYARAH

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERIKUT :

1) Pensyarah (Kimpalan) (DG41)

 

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya 02 MEI 2018 ( RABU ) sebelum jam 5.00 petang.

Read more

WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA 2018

TEAM TESDEC di WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2018 perkarangan Stadium Darul Makmur, Pahang.

Read more

KURSUS ASAS KESELAMATAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

Unit Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Marang telah mengadakan Kursus Asas Pertahanan Awam pada 9 april 2018 bertempat di TESDEC. Kursus ini diadakan sempena pendaftaran dan induksi pelajar baru yang melibatkan 40 orang pelajar  dari Kursus Lukisan Pelan Senibina dan Kursus Kimpalan Arka Kepingan Logam. Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan beberapa kemahiran seperti asas pertolongan cemas, teknik asas menyelamat dan melawan kebakaran. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar TESDEC, En. Mat Azam bin Husain. 

 

Read more

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my