MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN ZAKAT PELAJAR
TESDEC melalui Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan majlis penyerahan zakat kepada pelajar TESDEC yang layak pada 26 Mei 2019 bersamaan 21 Ramadhan 1440H. Majlis ini telah berlangsung di perkarangan Lobi Kompleks Latihan Al Farabi TESDEC. Majlis ini melibatkan penyertaan pelajar, kakitangan pengurusan, pensyarah dan tenaga pengajar. Penyerahan zakat pelajar telah disempurnakan oleh Tuan Haji Md Kamaru Al-Amin bin Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC diiringi oleh YM En. Sheikh Nehmil Emir bin Alias merangkap Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan Kemahiran & Akademik).