wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
Items filtered by date: Oktober 2019
Khamis, 31 Oktober 2019 00:00

JAWATAN KOSONG TESDEC 2019 - PENSYARAH

Dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
 
1) PENSYARAH ( KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN(OSH)) (DG 41)
 
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar  selewat-lewatnya  14 November 2019 ( KHAMIS ). 
 
Khamis, 24 Oktober 2019 00:00

Kursus IT ( Nov & Dis. 2019 )

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Dato Haji Md Kamaru Al Amin bin Ismail di rumah keluarga Allahyarham di Taman Kalungan Melur, Rhu Rendang sambil disaksikan oleh pegawai - pegawai TESDEC.

Allahyarham En. Abdul Rashid meninggal dunia pada 5 Oktober 2019.

Ahad, 13 Oktober 2019 00:00

Pusat Latihan Solar Terengganu

DUNGUN, 10 Oktober - Kerajan negeri melalui anak syarikatnya, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) telah mengambil langkah ke hadapan dalam menyiapkan Pusat Latihan Solar Berkapasiti 3.5 Megawatt di Mukim Sura Dungun.

 
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, difahamkan pusat latihan solar tersebut dijangka siap pada penghujung bulan Oktober dan beroperasi sepenuhnya pada penghujung bulan November 2019.
 
"Projek yang menelan kos pembinaan sebanyak RM23.2 juta ini adalah projek yang melibatkan pemasangan sebanyak 12,600 panel solar di kawasan berkeluasan hampir 11 ekar bagi menghasilkan tenaga elektrik.
 
Ia kemudiannya akan disalurkan terus ke pencawang masuk utama milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum diagihkan ke seluruh Bandar Dungun," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja ke tapak Pameran dan Ladang Solar TESDEC Dungun di Kawasan Perindustrian Batu 7, di sini semalam.
 
Dalam masa sama, melalui projek ini, tenaga elektrik yang dihasilkan dari pusat latihan mampu menampung keperluan elektrik sebanyak 1,808 buah rumah di Bandar Dungun.
 
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah TESDEC Green Energy, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, selain bertindak sebagai stesen jana kuasa solar, pembinaan pusat ini juga akan dimanfaatkan sebagai pusat latihan kemahiran dalam industri solar dan pusat penyelidikan.
 
"Kita akan manfaatkannya sebagai industri tenaga serta pertanian moden dengan kerjasama beberapa universiti terkemuka di tanah air.
 
"Kemajuan fizikal pada masa kini telah mencapai tahap 95 peratus dan pihak TESDEC melalui anak syarikatnya TESDEC Green Energy Sdn Bhd yakin projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang disasarkan.
 
"Berdasarkan kejayaan melaksanakan projek ini, pada masa hadapan, pihak TESDEC menyasarkan untuk menceburi beberapa bidang baru, antaranya program mini hidro, kecekapan tenaga dan juga program pemasangan sistem solar di bumbung bangunan-bangunan kerajaan.
 
"Penglibatan aktif dalam program-program ini akan membantu TESDEC menjadi institusi penting dalam membekalkan tenaga kerja mahir dalam industri kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui pada masa hadapan," jelasnya.
 
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengarah TESDEC Sdn Bhd, M. Shukrimun Shamsudin.

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my