wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
Items filtered by date: Ogos 2018

Majlis Solat Hajat dan Program World Quran Hour telah diadakan pada 30 Ogos 2018 bertempat di Surau As-Syakirin TESDEC. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi TESDEC (KESUKET). Peserta program adalah terdiri daripada kakitangan dan juga pelajar TESDEC. Program ini adalah untuk menyemai budaya membaca Al-Quran di kalangan warga TESDEC khususnya disamping memupuk semangat memahami ajaran serta isi kandungan Al-Quran.

Majlis Perjumpaan Pelajar TESDEC bersama Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC yang baharu serta majlis penyampaian zakat pelajar telah diadakan pada 29 Ogos 2018 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun TESDEC. Tuan Haji Md. Kamaru Al-Amin Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pelajar berkaitan peluang kerjaya yang luas dalam bidang kemahiran yang diceburi oleh semua pelajar apabila memasuki alam kerjaya kelak. Majlis penyampaian zakat juga telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC diiringi oleh En. Sheikh Nehmil Emir Alias selaku Timbalan Pengurus Besar TESDEC.

 Taklimat Kerjaya Alumni Jahitan TESDEC telah diadakan pada 28 Ogos 2018 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, TESDEC. Taklimat ini dianjurkan oleh Kelab Alumni TESDEC dengan kerjasama Pusat Kraftangan Epal. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En. Eric Tan. Taklimat ini telah dihadiri oleh bekas pelajar jahitan TESDEC dan pelajar jahitan yang sedang mengikuti pengajian di TESDEC. Taklimat ini adalah berkisar tentang peluang kerjaya yang ditawarkan oleh Pusat Kraftangan Epal untuk lepasan jahitan dimana latihan yang khusus juga akan diberikan oleh pusat ini untuk lepasan pelajar kursus jahitan yang berjaya diawarkan kerja.

Khamis, 16 Ogos 2018 00:00

PERODUA CAREER TALK

PERODUA CAREER TALK telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar TESDEC dengan kerjasama syarikat PERODUA.  Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Ogos 2018 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun TESDEC. Program ini melibatkan pelajar dari program Diploma Automotif dan Sijil Automotif serta pelajar dari beberapa program lain. Selain pelajar, program ini turut dihadiri oleh beberapa kaunselor sekolah di sekitar Marang.

Taklimat kerjaya telah disampaikan oleh En. Waisulqurni bin Ismail, Pengurus di Jabatan Pengurusan Modal Insan dari Perodua Rawang. Melalui program ini, para pelajar diberi pendedahan yang lebih luas dalam bidang automotif serta peluang kerjaya dalam bidang ini. Selain itu, pelajar juga turut diberi tunjuk ajar dan tips menghadapi temuduga. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh En. Sheikh Nehmil Emir bin Alias, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan Kemahiran & Akademik).

Halaman 1 dari 2

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my