PROGRAM WATER CONFIDENCE
Unit Hal Ehwal Pelajar TESDEC (HEP) telah menjalankan Program "Water Confidence" (Keyakinan Di Air) pada 20 hingga 21 April 2018 bertempat di Sungai Loh, Dungun, Terenganu. Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar yang terpilih bagi setiap kursus. Program ini dikendalikan oleh En. Azmi Awang selaku Ketua Ekspedisi. Aktiviti ini juga dilihat telah memberi impak yang positif dari segi keyakinan diri pelajar ketika berada dalam air dan memupuk semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar.
WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA 2018
JAWATAN KOSONG 2018 - PENSYARAH
PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERIKUT :
1) Pensyarah (Kimpalan) (DG41)
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya 02 MEI 2018 ( RABU ) sebelum jam 5.00 petang.
KEJOHANAN FUTSAL TESDEC
Kejohanan sukan futsal pelajar TESDEC anjuran Majlis Perwakilan Pelajar TESDEC (MPP) telah berlangsung pada 3 April 2018 bertempat di Dewan Futsal Kg. Undang. Kejohanan ini telah disertai oleh pelajar dari pelbagai kursus. Pasukan yang memenangi kejohanan ini telah membawa pulang hadiah berupa medal dan hamper.
- Seterusnya
- 1
- 2
- Seterusnya