wrapper

Pengumuman

Malay Arabic Chinese (Traditional) English
Items filtered by date: Mac 2018

Seminar Pemantapan Solat Pelajar telah diadakan pada 27 Mac 2018 (Selasa) di Dewan Ibnu Khaldun, TESDEC. Seminar ini disertai oleh 65 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai kursus. Sepanjang seminar ini, semua pelajar telah diberi pendedahan secara terperinci berkaitan dengan amalan solat yang betul dan sempurna. Seminar ini dianjurkan oleh TESDEC dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Marang.            

Khamis, 29 Mac 2018 00:00

KEJOHANAN BOLA JARING LiSUS

Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) dalam acara bola jaring peringkat daerah Marang 2018 telah dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Marang. Kejohanan ini telah berlangsung di Dewan FRU Marang pada 23 hingga 24 Mac 2018. Seramai 10 orang pelajar TESDEC telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.    

Rabu, 21 Mac 2018 00:00

AKTIVITI RIADAH "JUNGLE TREKKING"

Aktiviti riadah "Jungle Trekking"  telah dijalankan pada 13 Mac 2018. Aktiviti ini disertai oleh kira-kira 20 orang penghuni asrama TESDEC dan diketuai oleh En. Azmi Awang. Lokasi laluan aktiviti ini adalah di sekitar jajaran bukit yang terletak berhampiran asrama TESDEC. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat ukhuwah di kalangan para pelajar di samping dapat memberi manfaat dari segi aspek kesihatan fizikal dan mental. 

     

Kejohanan bolasepak 9 sebelah TESDEC 2018 telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar TESDEC pada 8 Mac 2018. Kejohanan ini melibatkan penyertaan sebanyak 8 pasukan di kalangan pelajar dari pelbagai kursus. Gelaran juara telah dirangkul oleh pasukan daripada Kursus Pemasangan Paip Gas. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang tempat pertama hingga keempat telah disempurnakan oleh Tuan Pengurus Besar TESDEC, En. Saidi bin Salleh @ Sulong.  

 

Tentang TESDEC

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia ... (Baca Lagi)

Hubungi Kami

Lat : 5.214654 | Long : 103.158536

Kawasan Perindustrian Bukit Khor, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : (09) 627 2222 | Faks : (09) 627 2200
Emel : info@tesdec.edu.my