MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS LUKISAN PELAN SENIBINA TAHAP 3
Sekalung Tahniah diucapkan kepada pelajar Kursus Lukisan Pelan Senibina Tahap 3 sempena Program Tamat Latihan pada 28 Disember 2017 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, TESDEC. Program ini telah disempurnakan oleh En. Saidi bin Salleh @ Sulong, Pengurus Besar TESDEC. Diharapkan semoga semua pelajar akan berjaya di lapangan kerjaya masing-masing.
Penyerahan Enjin daripada Perodua
Terima Kasih kepada pihak Perodua atas sumbangan enjin semoga pelajar kami mendapat maanfaat di atas pemberian ini.
TAZKIRAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2017 & MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT KEPADA PELAJAR TESDEC
Tazkirah sempena Sambutan Maulidur Rasul 2017 & Majlis Penyerahan Zakat kepada pelajar TESDEC telah diadakan pada 14 Disember 2017 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun TESDEC. Tazkirah telah disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Muhdi bin Ramlan. Manakala Majlis Penyampaian Zakat telah disempurnakan oleh En. Mat Azam Husain, Timbalan Pengurus Besar TESDEC.
TEMUDUGA TGTP KALI KE 3
TESDEC telah mengadakan temuduga kali ke 3 untuk Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) yang menyaksikan kehadiran hampir 300 calon. Sesi pada hari Ahad (10/12/17) memfokus pada calon-calon yang memohon untuk bidang pelancongan, pertanian, penternakan, perikanan dan usahawan. Manakala sesi hari berikutnya (Isnin, 11/12/17) disasarkan kepada pemohon dalam bidang pengurusan dan pembuatan & pembinaan.
Calon yang terpilih akan mengikuti program selama 6 bulan (latihan/penempatan di tempat kerja) dan seterusnya akan dinilai. Sekiranya mereka menunjukkan reputasi yang baik, tempoh program akan dilanjutkan serta berkemungkinan akan diserap.
TAHNIAH bagi yang berjaya. Manfaatkan peluang ini sepenuhnya.
- Seterusnya
- 1
- 2
- Seterusnya