TESDEC SERVICES SDN. BHD.


Jawatan
:
Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) Sekolah RENDAH
JABATAN
:
SEKOLAH - SEKOLAH NEGERI TERENGGANU
PENEMPATAN
:
MAKMAL KOMPUTER / PUSAT AKSES


SENARAI TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (EIO) SEKOLAH RENDAH

  1. Bertanggungjawab kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pengetua Sekolah, TESDEC Services Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Terengganu.

  2. Bertanggungjawab mengurus inventori eBOOK.

  3. Mengurus dan menyelia server serta Local Area Network (LAN) di sekolah bagi memastikan eBOOK dapat digunakan dengan lancar dan berkesan.

  4. Memuat turun dan mengemaskini perisian anti-virus yang dibenarkan di eBOOK dan memastikan ia di kemaskini secara berjadual.

  5. Menyelia dan membuat pemantauan terhadap program-program yang dimuat turun di eBOOK oleh pelajar secara berkala.

  6. Bertanggungjawab membuat pemeriksaan, pembersihan (cleaning) dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi memastikan semua eBOOK berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

  7. Membuat laporan kepada pihak PPD (EIO) berkaitan kemasukan atau pertukaran murid penerima eBOOK,  kerosakan atau kemusnahan eBOOK atau lain-lain yang berkaitan.

  8. Bersedia untuk membaiki kerosakan kecil eBOOK dan peralatannya jika perlu. Kerosakan major perlu dilaporkan kepada pihak pengilang.

  9. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT, aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, SBT, e-SPKB, e-Perolehan, Unicenter dsb.

  10. Menyediakan perkhidmatan atau latihan ICT kepada Guru, Staf dan murid di sekolah.

  11. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan ICT yang di arahkan TESDEC Services Sdn. Bhd., pihak pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu dari semasa ke semasa.

Bertanggungjawab kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pengetua Sekolah, TESDEC Services Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Membantu dalam pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal.

Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.

Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dll bagi rangkaian Schoolnet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dsb.

Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP Address, Gateway, Modem dsb.

Sebagai pegawai Help-desk dan 1st Level Support di sekolah.

Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.

Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Membantu dalam mengurus isu-isu keselamatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU.

Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT, aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, SBT,          e-SPKB, e-Perolehan, Unicenter dsb.

Bertanggungjawab mengurus, menjaga dan menyelenggara eBOOK.

Menyediakan perkhidmatan atau latihan ICT kepada Guru, Staf dan murid di sekolah.

Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan ICT yang di arahkan TESDEC Services Sdn. Bhd., pihak pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu dari semasa ke semasa.