Skim Latihan Sambil Bekerja Untuk Siswazah  


PENGENALAN:

Terengganu Graduate Attachment Scheme atau T-GAS adalah satu program di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui TESDEC bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah Terengganu. Program ini dijalankan dengan konsep “On Job Training” atau latihan sambil bekerja di syarikat / jabatan terpilih selama tempoh 6 bulan.



SYARAT KEMASUKAN:

1. Pemegang Ijazah/Diploma dalam pelbagai bidang

2. Berumur 21-28 tahun

3. Rakyat Negeri Terengganu sahaja



ELAUN:


Diploma : RM500.00 sebulan

Ijazah    : RM600.00 sebulan