
- Program Lepasan SPM
- Program Lepasan Graduan
- T-GAS
- Program Asas
- Program Diploma
- Sekolah Latihan Pengendali Makanan
- Akreditasi & Pengiktirafan
| Persijilan: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) |
Persijilan: Suruhanjaya Tenaga Persijilan: PETRONAS Persijilan: CIDB |
(Skim Latihan Sambil Bekerja Untuk Siswazah)
PENGENALAN
Terengganu Graduate Attachment Scheme atau T-GAS adalah satu program di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui TESDEC bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah Terengganu. Program ini dijalankan dengan konsep "On Job Training" atau latihan sambil bekerja di syarikat / jabatan terpilih selama tempoh 6 bulan.
Seterusnya
PENGENALAN
Program ini merupakan kursus pengukuhan bagi membolehkan pelajar yang berkelayakan minimum dalam bidang SPM/SPMV melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Sepanjang program ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai subjek yang berkaitan secara berperingkat. Penilaian akan dibuat secara berterusan berdasarkan kuiz, ujian, tugasan, projek dan peperiksaan akhir. Bagi menjamin kualiti program ini, pemantauan turut dilakukan oleh panel luar yang dilantik. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ini akan dianugerahkan Sijil Sains yang mendapat kelulusan daripada MQA
Tenaga pengajar yang berpengalaman dan silibus yang berkesan memudahkan para pelajar mengikuti program ini dengan jayanya.PENGENALAN
Program Diploma of Engineering Technology in Automotive Maintenance in Collaboration with Universiti Kuala Lumpur- Malaysia France Institute telah diperkenalkan di Kolej TESDEC pada pertengahan tahun 2009 hasil persetujuan di antara Kolej TESDEC dengan Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. melalui memorandum perjanjian yang ditandatangani pada 22hb Disember 2008.
Di bawah memorandum perjanjian ini kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkenalkan program akademik bertaraf diploma di dalam bidang automotive maintenance. Program selama tiga tahun (enam semester) ini akan melahirkan ahli teknologi kejuruteraan (engineering technologists) yang dapat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan atau berkerjaya sebagai penasihat servis kenderaan, juruteknik servis kenderaan dan seumpamanya.
Seterusnya













