|
Diploma Of Engineering Technology In Automotive Maintenance |
|
|
|
|
Latarbelakang Program Program ini merangkumi aspek pengurusan dan teknologi penyelenggaraan automotif. Kandungan kursusnya meliputi SKM tahap 1 hingga 4 serta menepati French Baccalaureate Professional Specialty Maintenance Automobile Syllabi. Program ini memberi penekanan terhadap latihan praktikal bagi membina daya saing serta keyakinan pelajar dalam industri automotif melalui penyertaan aktif mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantaraan. Pelajar juga akan diberikan pengetahuan akademik serta teknikal secukupnya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah ( SKM tahap 5 )
Tempoh Program ini dijalankan dalam tempoh 3 tahun ( 6 semester ) Syarat Kemasukan Semua calon hendaklah Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang diiktiraf oleh kerajaan serta tidak buta warna DAN (i) Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang - kurangnya lima (5) kredit termasuk mata pelajaran berikut : a) Bahasa Melayu b) Matematik c) Sains/Sains Tambahan/Fizik/Kimia/Biologi/Lain - lain mata pelajaran teknikal Dan dua (2) mata pelajaran lain serta sekurang - kurangnya LULUS Bahasa Inggeris ATAU (ii) Memiliki Sijil IKM/ILP/IKBN daripada Institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti atau sijil - sijil yang diiktiraf oleh Senat Universiti dalam bidang berkaitan dengan memperolehi sekurang - kurangnya CGPA 2.00 dansekurang - kurangnya lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu diperingkat SPM
|
|